Wednesday, July 22, 2009

duat vs biker


Cuti sem..... cuti remaja kampungku...bisalah...lepak2 ckit ngan kaki2 lepak ni..

Moto2 mereka menjadi kawan....

Jenis moto : honda fame c90

Modofied : blok 2k, kaburetar RX, gear box racing (modified sendiri kacuk), spoket 28, tayar ‘basikal’..huhuhu, ford ex5, sorbsober liquid jumper

Terkenal dengan moto ‘kandang’ iaitu moto yg hanya dikeluarkan time-time saja.... dengan kepikatan yg ada ni buatkan pemiliknya bangga selaras dengan sifatnya yg pantang saja dicabar... sedia ‘mengcoki’ moto fame latenite at the hot spot(moto mege jale batu 4)...

Jenis moto : honda class 1

Modified : engin standart asal, blok 2k.

Sesuai dengan hanya tukar blok, moto ni terkenal dengan nama moto ‘ngube’.. siap sedia willy berbatang-batang tiang api jale kampung... empunya moto bersikap boleh turun padang bila2 masa saja... katanya ‘hello jah kat ku, pah aku g la’... suka buat ‘gilo’ atas jale ikut keseronokan ati dio..

Jenis moto : honda GBO c70

Modified : engin standart asal, kaburetar RX, spoket 30

Moto yg diguna untuk kegunaan harian, sesuai dengan designnya yg klasik modern. Moto lama yg skrg ni ‘naik’ di klantan... bleh dikatakan setiap penjuru KB ada moto jenis ini.. walau lama yg pandang sebelah mata.. org tua naik jd org muda, budak naik jadi org muda, org muda naik jd mat rempit..hehehe..

Bukan nk sohor ngan barangan duniawi ini, tp nk sentuh bab sifat du’at yg ada pada diorng.

Yang mana semangat diorng sepatutnya ada pada seorang du’at sebenar.

Keberanian mereka merempit (bab kata org tua nyawa mereka dihujung ‘magat depan’),- keberanian inilah du’at patut guna dalam bawak usrah.

Persiapkan moto petang ari untuk merempit mlamnya,- siap sedia du’at qiam malam hari untuk dakwah siangnya

Sedia turun padang anytime and anywhere, -du’at jg msti boleh dipanggil anytime and anywhere

Pantang di cabar,- semangat para mujahid dah pahlawan sahabiah yg mesti du’at tiru dalam tegakkan islam.

Thursday, July 16, 2009

10 Situasi Lelaki Yang Harus Wanita Fahami



Lelaki.. &







1. Bila si dia sibuk.......

Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran.....
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.....
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. ....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.....
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

no 9 plg power....hahahaha

Thursday, July 2, 2009

rejab bulan Allah

KELEBIHAN BULAN REJABSabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.Sabda Nabi s.a.w.:Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun


.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah padabulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribukejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulanRejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itumaka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya

.Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

BACA DULU - Koleksi artikelBIMBINGAN ROHANI. FADHILAT BULAN REJAB. Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakanbulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. ... Kelebihan lain bulan Rejab: ...www.teennet.com.my/art_39.html - 16k - Cached - Similar pagesBulan RejabBulan Rejab. ... Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosakamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.". ...www.geocities.com/CollegePark/ Classroom/7362/1rejab.html - 7k - Cached - Similar pagesWolverineMalaya™ - Kelebihan Bulan RejabKelebihan Bulan Rejab. Islam"Sabda Nabi saw: Hendaklah kamu memuliakan bulanRejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. ...www.wolverinemalaya.com/modules. php?name=News&file=article&sid=81 - 43k - Cached - Similar pagesamalan di bulan rejabamalan di bulan rejab. Tuesday 08.10.04 [7:43 pm]. amalan terbaikdi dlm bln rejab ialah berpuasa. maksud hadith Rasulullah saw ttg ...www.tblog.com/templates/index. php?bid=ziemash&static=255631 - 21k - Cached - Similar pages[Alumni Hira] Fwd: Bulan Rejab... [Alumni Hira] Fwd: Bulan Rejab. From: <<\\[IMRAN ==\\]>; Subject:[Alumni Hira] Fwd: Bulan Rejab; Date: Mon, 08 Sep 2003 19:35:52 -0700. ...www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01252.html - 9k - Cached - Similar pagesBULAN REJABtazkirah. BULAN REJAB. Bersabda Rasulullah saw maksudnya "Rejab adalahbulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ...www.ktpk.gov.my/lamanrohani/tazkirah104.htm - 10k - Cached - Similar pagesabuhandzalahdotsodeeq dotcom: Bulan Rejab... September 05, 2003. Bulan Rejab. Forward email dari seorang kawan...bagus jugakutk renungan. Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain? ...abuhandzalah.sodeeq.com/archives/001430.html - 35k - Cached - Similar pagesYahoo! Groups : ummiku-sayang Messages : Message 9030 of 11444... From: Roxana Abd Aziz Date: Sat Aug 30, 2003 3:43am Subject: Re: [ummiku-sayang] Comments regarding Bulan Rejab. ...groups.yahoo.com/group/ummiku-sayang/message/9030 - 20k - Supplemental Result - Cached - Similar pagesKementerian Hal Ehwal UgamaKELEBIHAN BULAN REJAB. Kaum muslimin yang dirahmati Allah,. ... Bulan Rejab adalahbulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. ...www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1423/Rejab/6.htm - 20k - Cached - Similar pages

dakwah fardiah dan sunway piramid




Huh bertempat di tengah2 prasarana 'highclass ma' dan tempat yang terkenal dengan ‘papa bing’.. (combination pub and clubing).. pada malam hari, terdapat satu tempat yang begitu sesuai dan sensitif untuk dakwah fardiah (df) mad’u baru...


Haha mmg ssh nk percaya tp percayalah, dari byk2 tempat yg aku tlh msk, bowling ke, snuker ke, panggung ke,apa2 yg sewaktulah.., ice skating kat sunway piramid lh antara tempat df yg paling lama aku boleh ‘duduk’,huhu... yelah pertama kali pergi aku pergi, masuk pukul 11, pukul 3.30 plak tubik. Tu pun dalam sedar x sedar dan sbb lorak...

Aku rasa klu x lorak tu, pasti pkul 6 ptg jg
ok aku tubik ...hahaha.... yelah, belajar ice skating mmg menyeronokkan, tambahan plak klu ada kanak2 yg seusia 5-8 thun meluncur dengan ‘bangga’ di depan kitaa..menari-nari dengan riangnya, kita plak tersadai ditolak arus..huhuhu..tp ni blh jd pemangkin kat kita utk lagi bertambah tenaga nk cepat-cepat pandai..huhu.. (dai mesti lebih ckt, bru respect)

Alhamdulillah, setelah lama starting aku dengan pegang2 tepi tebing dinding ice skating, aku dah boleh skit2 bergerak tempat lapang tampa medium pegangan..tp takut2 la, beginnerkan.. pengakhiran pelajaran aku ari2 adalah kaedah ‘gulingan breaking’.. oh ya, lupa nk bagi thu sifu aku sapa..

haa.. ni la dia sifu aku ‘dai hip hop skater’..hahaha.. abg dhani..

ini mmg boleh diketogorikan sbg riadah kot... berpeluh sakan aku main benda ni.. istimewanya pergelangan kaki kita akan jdi kuat dan merasai basahan ice kat baju..hahaha..


msk bab df td kan, sebab utama aku kata sesuai dijadikan df ialah masa yg diluang adalah lama,mean masa kita bertaaruf pun lama (taaruf berterusan bosan jgk so...). 2. Time main plak, ada masa berhentinya , sbb ltih ke, sbb skit kaki ke, time ni lah kita kita tunjukkan concern kita..tlg g ambik plaster ke..huhu. 3. Time ni jga lah kita nk selitkan df amal kita dlm ..‘riadah islami’..mean time solat kita ajk dia solat skali, tunjuk ‘main..main gak tp solat jgn lupa’... dan byk lagi lah klu nk diperincikan..huhuhu..


On planning.. ajak ank usrah sg pusu.. ok x ?? Ad sapa2 sedia membantu...




to my roomate, tank for ur suport.. n also to 'ahli angkat' bilik 105..hahaha

Monday, June 29, 2009

panggilan kampung

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
dan tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
artis : opick
lagu : rapuh



bila kampungku memanggil, sepatutnya aku merasa gembira kerna dapat menghirup udara segar, dapat berjalan menikmati pemandangan hutan sebenar setelah lama terperosok dikelilimgi hutan batu uni antarabangsa itu, tapi hampir saja masa chek out, satu kerisauan plak aku rasa...

ia lah, satu kerisauan apabila alam yg aku bina selama di bumi uni islamic ni bisa diranapkan oleh atmosfera lama aku..

aku bimbang panggilan kampung ini menyebabkan aku jdi hayut dek 'gilaan remaja' ...lahiriah insan.

aku teringat deh usrah terakhir aku, bila kita sendirianlah ujian yg sebenar bagi insan bergelar da'i.. disinilah tempat yg menjadi ukuran sejauh mana penguasaan ilmu yg di timba selama ini dipraktikkan atau tidak.

istiqomah atau x dalam amalan2 sunat kita time di kampus. benarlah kata naqib, biarlah sedikit amalan kita tp istiqomah adalah lbh baik daripada banyak tp x istiqomah

lebih2 lagi skarang dah masuk bulan rejab, bulan Allah yang begitu masyhur dengan fadilatnya.

semoga cuti aku pada kali ini tidak bisa memusnahkan iman yang rapuh ini dan kali ini adalah lebih baik dari cuti2 sebelumnya.

Saturday, June 20, 2009

final all about u


saat berganti saat, hari berganti hari, kini tiba test yang menguji sakat mana kepahaman kita setelah 0.5 sem kat uia gambak ini. Dah lumrah sebenarnya nk cakap pasal test ini, tp yg x lumrahnya ialah pengamalan kita dalam berdoa sebelum @ selepas study dan nk masuk exam.

disini sedikit perkongsian untuk korang

Doa Setelah Belajar :




Allahumma inni astaudi’uka ma ‘allamtanihi fardudhu ilayya ‘inda hajati ilaihi wa laa tansanihi ya rabbal ‘alamina.

Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan pada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah padaku saat aku membutuh¬kannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan semesta alam.”

Doa Ketika akan Memasuki Ujian:

Rabbana atinaa mil ladunka rahmatan wa hayyi’ lana min amrina rasyada.

Artinya: “Ya Allah, Tuhan kami berilah kami di sisi-Mu suatu rahmah, dan persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Aku ingat lagi tak kala aku nk ambik spm, mak aku ada berpesan "nak, banyak2lah maye ajak dekat2 nk peso ni, doa ko Allah sokmo, jgn lupo klu dale dewe exam tu banyakkan bertenag, klu debar gak baco ayat Alam nasyrah...."

Dan Alhamdulillah, stiap kali nk pekso mmg aku akan baca ayat keramat yg mak aku bagi tu.

'Ya Allah, permudahkan urusan dunia kami, jgn Kau tinggalkan kami tampa hidayah-Mu walau kadar sekelip mata mahupun yg lbh cepat dari itu'......Amin.

SEMOGA DAPAT RESULT GEMPAK kat member aku yg ambik exam... ikutlah gapo pun. Doakan ak berjaya dalam exam ni

Thursday, June 18, 2009

3 prinsip asas



Ini adalah sambungan post yang lep
as tp lebih specific pada diri aku la.

Dalam konteks seorang pelajar, dalam kesukaran menjawab soalan calculus, kita pasti dapat bersabar menjawab soalan calculus yang susah walaupun mengambil masa 2 jam untuk menjawab 3 soalan tapi x dapat juga jawapannya kan?.Tapi klu kita diuji dengan keselesaan, kebanyakan daripada kita lantas lemah, mundur x terdaya melawan ujian yang selemah itu, buktinya movie prison break telah menyebabkan kita x mengantuk dan telah mengainia jasad yang telah seharian memberi baktinya kepada kita kan.

Dalam sirah sendiri menceritakan bagaimana sahabat-sahabat yang begitu gagah berani dalam menghadapi jihad tapi tersungkur dengan harta duniawi dalam perang uhud. Aku pun x terlepas daripada cengkaman ujian ‘gadis’ ini. Aku ingat lagi ketika mana kesempitan yang aku rasai tika duit yang berada dalam tadahan talapak tangan yang kecil ini hanya berjumlah rm10 dan dalam bank rm18 tp tu pun x dapat dikluarkan melalui atm memaksa aku pada malam hari nya akan cuba berhitung, cukupkah dengan hanya rm10 dapat menanggung aku selama seminggu tampa memikirkan lepas minggu tu dengan ‘duit’ apa jasad ini perlu disara.

Tip-top tip-top, keadaan tidak mengizinkan, dalam msa x sampai setengah minggu duit kertas berwana merah itu menjadi biru sebanyak 3 keping. Mlamnya aku x dapat tidur memikirkan perkara ini, hati tiba2 menjadi runsing, malam dirasakan panjang untuk memujuk hati agar bersabar sehingga akhirnya aku dapat melelapkan mata. Selang beberapa hari kemudian, telefon tangan nokia kelabu yang terletak dalam poket seluar mengeluarkan musik berirama menandakan satu panggilan satu panggilan masuk pinta dijawab. Tertera nama mama tercinta, cepat2 aku angkat dan bertanya kabar. Alhamdulillah,... sungguh talian darah memang x putus walau dicincang, sattu kabar gembira buat hati aku di akhir perbualan itu "ma dah masukkan duit dalam bank tuh, wak belanja".. otak ini mula ligat memikirkan perkara yang patut bertama sekali buat dengan duit yang aku jangka boleh menyara diri di perantauan ni hingga akhir sem.

Hutang rakan2 yang selama ini tertunggak dilunasi, perbelanjaanku lancar sekali dah x perlu lagi bimbang akan soal kewangan. Benda yang sebelum ini memaksa aku pikir terlebih dulu nak beli ke x?, kini bagai sesenang buka paip air jer aku tempah@beli.

Perbelanjaan aku dah tak sejimat dulu, hari-hari berlalu makin terasa satu kesenangan, dalam doaku juga sudah semakin suram dengan syukur nikmat hartaNya yang sedikit ni. Malam-malamnya juga sudah tiada lagi perhitungan muhasabah perbelanjaan, hidupku kini semakin alpa dengan nikmat sedikit ini hingga terlupa bersyukur pada setiap masa seperti mana aku bersabar dan berdoa masa kesempitan dulu. Klu dulu, setiap kali perut berkata2, hati aku pujuk kata 'malam nanti kita makan'. Tapi kini klu perut belum lagi pinta diisi, sudah ada suapan pertama pinta laluan masuk.

Benarlah perkongsian kami pada malam itu, ujian kesenangan ini sungguh berat daripada ujian kesesakan.. ujian senang inilah membuatkan kita mudah leka, lalai dengan dunia sendiri yg kita rasa telah cukup sempurna, tp percayalh dunia itu yg menyebabkan kita rugi. Bak kata naqib, hidup ini cukup dengan 3 prinsip, ‘ sabar, usaha, syukur ’. Moga aku sentiasa menjadi orang ‘berprinsip 3’ ni yg sentiasa mengerti erti sabar ditimpa musibah, usaha kejar kemantapan, bersyukur atas lebihan rezeki..
 


my classical honda © 2008. Design by: Pocket