Monday, June 29, 2009

panggilan kampung

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
dan tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
artis : opick
lagu : rapuh



bila kampungku memanggil, sepatutnya aku merasa gembira kerna dapat menghirup udara segar, dapat berjalan menikmati pemandangan hutan sebenar setelah lama terperosok dikelilimgi hutan batu uni antarabangsa itu, tapi hampir saja masa chek out, satu kerisauan plak aku rasa...

ia lah, satu kerisauan apabila alam yg aku bina selama di bumi uni islamic ni bisa diranapkan oleh atmosfera lama aku..

aku bimbang panggilan kampung ini menyebabkan aku jdi hayut dek 'gilaan remaja' ...lahiriah insan.

aku teringat deh usrah terakhir aku, bila kita sendirianlah ujian yg sebenar bagi insan bergelar da'i.. disinilah tempat yg menjadi ukuran sejauh mana penguasaan ilmu yg di timba selama ini dipraktikkan atau tidak.

istiqomah atau x dalam amalan2 sunat kita time di kampus. benarlah kata naqib, biarlah sedikit amalan kita tp istiqomah adalah lbh baik daripada banyak tp x istiqomah

lebih2 lagi skarang dah masuk bulan rejab, bulan Allah yang begitu masyhur dengan fadilatnya.

semoga cuti aku pada kali ini tidak bisa memusnahkan iman yang rapuh ini dan kali ini adalah lebih baik dari cuti2 sebelumnya.

Saturday, June 20, 2009

final all about u


saat berganti saat, hari berganti hari, kini tiba test yang menguji sakat mana kepahaman kita setelah 0.5 sem kat uia gambak ini. Dah lumrah sebenarnya nk cakap pasal test ini, tp yg x lumrahnya ialah pengamalan kita dalam berdoa sebelum @ selepas study dan nk masuk exam.

disini sedikit perkongsian untuk korang

Doa Setelah Belajar :




Allahumma inni astaudi’uka ma ‘allamtanihi fardudhu ilayya ‘inda hajati ilaihi wa laa tansanihi ya rabbal ‘alamina.

Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan pada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah padaku saat aku membutuh¬kannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan semesta alam.”

Doa Ketika akan Memasuki Ujian:

Rabbana atinaa mil ladunka rahmatan wa hayyi’ lana min amrina rasyada.

Artinya: “Ya Allah, Tuhan kami berilah kami di sisi-Mu suatu rahmah, dan persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Aku ingat lagi tak kala aku nk ambik spm, mak aku ada berpesan "nak, banyak2lah maye ajak dekat2 nk peso ni, doa ko Allah sokmo, jgn lupo klu dale dewe exam tu banyakkan bertenag, klu debar gak baco ayat Alam nasyrah...."

Dan Alhamdulillah, stiap kali nk pekso mmg aku akan baca ayat keramat yg mak aku bagi tu.

'Ya Allah, permudahkan urusan dunia kami, jgn Kau tinggalkan kami tampa hidayah-Mu walau kadar sekelip mata mahupun yg lbh cepat dari itu'......Amin.

SEMOGA DAPAT RESULT GEMPAK kat member aku yg ambik exam... ikutlah gapo pun. Doakan ak berjaya dalam exam ni

Thursday, June 18, 2009

3 prinsip asas



Ini adalah sambungan post yang lep
as tp lebih specific pada diri aku la.

Dalam konteks seorang pelajar, dalam kesukaran menjawab soalan calculus, kita pasti dapat bersabar menjawab soalan calculus yang susah walaupun mengambil masa 2 jam untuk menjawab 3 soalan tapi x dapat juga jawapannya kan?.Tapi klu kita diuji dengan keselesaan, kebanyakan daripada kita lantas lemah, mundur x terdaya melawan ujian yang selemah itu, buktinya movie prison break telah menyebabkan kita x mengantuk dan telah mengainia jasad yang telah seharian memberi baktinya kepada kita kan.

Dalam sirah sendiri menceritakan bagaimana sahabat-sahabat yang begitu gagah berani dalam menghadapi jihad tapi tersungkur dengan harta duniawi dalam perang uhud. Aku pun x terlepas daripada cengkaman ujian ‘gadis’ ini. Aku ingat lagi ketika mana kesempitan yang aku rasai tika duit yang berada dalam tadahan talapak tangan yang kecil ini hanya berjumlah rm10 dan dalam bank rm18 tp tu pun x dapat dikluarkan melalui atm memaksa aku pada malam hari nya akan cuba berhitung, cukupkah dengan hanya rm10 dapat menanggung aku selama seminggu tampa memikirkan lepas minggu tu dengan ‘duit’ apa jasad ini perlu disara.

Tip-top tip-top, keadaan tidak mengizinkan, dalam msa x sampai setengah minggu duit kertas berwana merah itu menjadi biru sebanyak 3 keping. Mlamnya aku x dapat tidur memikirkan perkara ini, hati tiba2 menjadi runsing, malam dirasakan panjang untuk memujuk hati agar bersabar sehingga akhirnya aku dapat melelapkan mata. Selang beberapa hari kemudian, telefon tangan nokia kelabu yang terletak dalam poket seluar mengeluarkan musik berirama menandakan satu panggilan satu panggilan masuk pinta dijawab. Tertera nama mama tercinta, cepat2 aku angkat dan bertanya kabar. Alhamdulillah,... sungguh talian darah memang x putus walau dicincang, sattu kabar gembira buat hati aku di akhir perbualan itu "ma dah masukkan duit dalam bank tuh, wak belanja".. otak ini mula ligat memikirkan perkara yang patut bertama sekali buat dengan duit yang aku jangka boleh menyara diri di perantauan ni hingga akhir sem.

Hutang rakan2 yang selama ini tertunggak dilunasi, perbelanjaanku lancar sekali dah x perlu lagi bimbang akan soal kewangan. Benda yang sebelum ini memaksa aku pikir terlebih dulu nak beli ke x?, kini bagai sesenang buka paip air jer aku tempah@beli.

Perbelanjaan aku dah tak sejimat dulu, hari-hari berlalu makin terasa satu kesenangan, dalam doaku juga sudah semakin suram dengan syukur nikmat hartaNya yang sedikit ni. Malam-malamnya juga sudah tiada lagi perhitungan muhasabah perbelanjaan, hidupku kini semakin alpa dengan nikmat sedikit ini hingga terlupa bersyukur pada setiap masa seperti mana aku bersabar dan berdoa masa kesempitan dulu. Klu dulu, setiap kali perut berkata2, hati aku pujuk kata 'malam nanti kita makan'. Tapi kini klu perut belum lagi pinta diisi, sudah ada suapan pertama pinta laluan masuk.

Benarlah perkongsian kami pada malam itu, ujian kesenangan ini sungguh berat daripada ujian kesesakan.. ujian senang inilah membuatkan kita mudah leka, lalai dengan dunia sendiri yg kita rasa telah cukup sempurna, tp percayalh dunia itu yg menyebabkan kita rugi. Bak kata naqib, hidup ini cukup dengan 3 prinsip, ‘ sabar, usaha, syukur ’. Moga aku sentiasa menjadi orang ‘berprinsip 3’ ni yg sentiasa mengerti erti sabar ditimpa musibah, usaha kejar kemantapan, bersyukur atas lebihan rezeki..

Sunday, June 14, 2009

kesusahan vs kesenangan


Malam rabu, malam pertama satay kajang yang tersohor dengan kuah kacangnya itu dijamah oleh aku yang dah lama menetap di bandar gombak ini. Satu kunyahan demi kunyahan melalaikan aku dengan kenikmatan daging satay yang cukup besar ditambah pula kuah kacang nya yang dikisar tak lumat meninggalkan butiran kecil kacang 'ralit', ini memberi keralitan pada deria rasa sehingga dapat melalaikan tumpuan pancaindera. kemungkinan sapa yang couple makan satay ini, pasti cowok itu dimarahi atau ceweknya merajuk sebab dikatakan 'gila' cakap seorang diri.

Serasi dengan pembawakan naqib kali ini, ditengah kepekatan malam bersuluhkan sportlight cort bola keranjang itu, membincangkan topik 'musibah' atau bahasa pasarnya inilah ujian. Setiap manusia tidat dapat tidak pasti akan diuji oleh Rabbnya seperti yang termaktub dalam Al-Risalah 'tidakkan dibiarkan sorang mukmin itu melainkan diuji oleh Allah'.

Terdapat banyak sekali ujian Allah terhadap makhluk-Nya sesuai dengan kederat seseorang itu. Inilah cantiknya kekuasaan Allah, Dia hanya memberikan title 'kaya' kedapa orang yang sedia dengan title itu dan title 'miskin' kepada orang yang mampu menanggung ujian tersebut. Ini kerana masing2 terdapat cabarannya tersendiri. Cobalah klu org kaya jd miskin, pasti hidupnya akan tertekan malahan jika x kuat iman pasti akan bunuh diri, dan cuba org miskin jd kaya, pasti hidupnya akan rasa bangga dan klu x kuat iman pasti akan kufur nikmat seperti Dato' Sri Qorun yang ditelan bumi.

Satu lagi sub pengisian yang cukup menarik ialah ujian kesenangan dan sesuhan. Disini dibincangkan betapa besarnya ujian 'kesenangan' berbanding ujian 'kesusahan'. Ia lah, ujian kesukaran itu emang nya bisa kita nampak, setuh, rasa.. tp....... apabila datangnya ujian keenakkan, kita bisa nya jd buta, gelap dalam mata yang celik, x nampak ini ialah ujian daripada A-Haq untuk kita bersyukur.

aku teringat sih kata-kata dalam movie sang murabbi, 'seekor monyet yang sedang berada atas puncak pokok yang tinggi sekali, tiba-tiba angin kencang datang...udah pasti monyet itu akan menggenggam batang pokok itu kuat sekali,....namun kalau angin sepoi-sepoi yang datang, lama-lama monyet itu pasti akan lena melepaskn genggaman dan.............. dum jatuh dek kelekaan nya tadi'.

begitulah kita insan yang lemah tampa six-sense, mahu aja ujian besar dan sukar, baru akan berwaspada dan berpegang dengan kuat, tp bila diuji dengan sedikit kesenangan lembutan belaian dunia, kita menjadi lemah, hanyut dibuai 'angin petang' yang sementara itu. Maka jadilah kiat org yang takut jika tak diuji, kerna org yang thu erti 'takut' ini saja yang bisa kaya untuk membeli 'pahala' di pasar akhirat nnt..

Thursday, June 4, 2009

Anugerah Yang Terindah



wouooowow........c70

sayup pandangan sang malam
membawa diriku mengingatkan ku pada dirimu
aku pun mulai berkhayal apabila semua berawal dan berakhir bahagia
sungguh indahnya bila semuanya berjalan tampa ada duka
tapi semuanya pasti ada problema yang terjadi pada diri kita

chorus;
anugerah yang terindah yang kini ku anggap
adalah saat diriku mulai berubah
anugerah yang terindah yang kini ku anggap
satu mulai semua hidup yang baru

sayup pandangan sang malam
membawa diriku mengingatkan ku pada dirimu
aku pun mulai teringat akan semua salah yang selama ini aku perbuat
sungguh indahnya bila semuanya berjalan tampa ada duka
tapi semuanya pasti ada problema yang terjadi pada diri kita

chorus;

dimana aku berdiri saat ini aku sadar
aku hanya manusia sekecil ini yang tak punya nyali sama sekali

album : anugerah yang terindah
artis : fatih
http://www.youtube.com/watch?v=KgusGjgVoGk



Sambil mendengar nada akapela al-Fatih, aku teringat akan satu kata 'classica' yang aku terima time 'kanak-kanak' dulu 'kehidupan remaja sentiasa dalam pencarian' .. mula2 aku mcm x ambil endah la kata2 ini, tapi dalam peningkatan tubuh, usia, dan kenalan member ni membuatkan aku memikirkan satu perkataan 'pencarian' dalam makna sebenar...

Saban hari aku mikirin semakin aku mengerti, remaja adalah usia kritikal. Memang betul, time remaja dulu sentiasa saja ingat kita dah jumpa identiti kita sebenar, tp percaya atau tidak kita time tu kebanyakan daripada remaja sama saja mcm 'budak-budak
' yang buat 'shuffler' di Mydin Mall terengganu pada musim gongxi raya yg penuh dengan orang ramai. Rasanya apa yang kita akan pikir klu jumpa org yang mcm ni, pasti abih pembendaharaan bhsa melayu, xcukup lg tambah ngan bhsa cina kita 'sound'kan.. tapi realitynya, geng2 shuffler ini merasakan tindakan mereka betul dan puas dapat persembahkan hentakan kaki mereka...

Begitulah kita... dalam kita berkawan, pasti kita akan mencari kawan yang sama kepala ngan kita, dalam kita bersukan kita hanya main sukan yang dapat memberi kepuasan kepada kita, dalam kehipudan seharian kita akan cuba try buat sesuatu aktiviti yang baru walau orang tua kita tegah. Klu kawan ngan mat rempit- mat rempitlah kita kata akan jdi, klu mat lepak - mat lepak lah kita bak kata pepatah ' kawan ngan budak besi, bau besi la kita, kawan ngan budak perfume, bau wangi la kita. Inilah dinamakan suatu 'pencarian identiti
'

Dalam begitu, jgn kita menyangka kita dalam fikrah ini x digoncang dengan 'pencarian' ini, sudah byk aku perhati kawan2 yang pernah sama bergiat dalam satu wadah secara aktif tiba2 jdi slow, tinggalkan satu wadah dan masuk ke wadah lain, tp x pelah yang ni ok lagi, yang x blh blah nya, bila ada yang sampai meninggalkan fikrah dengan alasan 'fikrah ni x sesuai ngan jiwa ana
'...

Percayalah, bila dikorek balik permasalahan dia orang ini pasti ada 'daging ayang di sebalik maggi'.. antara yang termasyhur ialah couple, takut putus 'perkahwinan' atas angin ini la.., member, takut x de masa dengan kawan lain la.. Hanya dengan alasan semacam ini mereka tegar tinggalkan usrah yang selama ni diikuti, sebab itulah kita disuruh oleh al shahid imam al banna agar muhasabah diri kita setiap kali pengakhiran hari kita.

Kadang kala kita mungkin rsa 'berfikrah
' ini membebankan, fikrah ini bukan fikrah aku, kena buat itu. x blh buat ini, jaga itu, jga ini, tp sedarlah inilah islam, semua wadah membawa satu fikrah yang sama, dan semua itu ada hikmah disebaliknya cuma kita jer yang trlalu membebankan diri kita memikirkannya. Aku ingat lagi, ustz pernah berkata "islam ini mudah tp jgn terlalu memudahkannya..."

Alhamdulillah, aku bersyukur fikrah yang aku bawa ni sedikit sebanyak memahami erti dunia, walau kadang kala aku alpa dengan ledekan godaan syurga duniawi. Semoga Allah menetapkan hati aku dalam fikrah ini dan memberi kekuatan saidina omar r.a (yang x meninggalkan kawanan lama walaupun selepas masuk islam) agar aku bisa tukarkan kawanku dalam enaknya nikmat musika berlagu dan musika engin motor pada enaknya bunyi musika islamica.
 


my classical honda © 2008. Design by: Pocket