Sunday, June 14, 2009

kesusahan vs kesenangan


Malam rabu, malam pertama satay kajang yang tersohor dengan kuah kacangnya itu dijamah oleh aku yang dah lama menetap di bandar gombak ini. Satu kunyahan demi kunyahan melalaikan aku dengan kenikmatan daging satay yang cukup besar ditambah pula kuah kacang nya yang dikisar tak lumat meninggalkan butiran kecil kacang 'ralit', ini memberi keralitan pada deria rasa sehingga dapat melalaikan tumpuan pancaindera. kemungkinan sapa yang couple makan satay ini, pasti cowok itu dimarahi atau ceweknya merajuk sebab dikatakan 'gila' cakap seorang diri.

Serasi dengan pembawakan naqib kali ini, ditengah kepekatan malam bersuluhkan sportlight cort bola keranjang itu, membincangkan topik 'musibah' atau bahasa pasarnya inilah ujian. Setiap manusia tidat dapat tidak pasti akan diuji oleh Rabbnya seperti yang termaktub dalam Al-Risalah 'tidakkan dibiarkan sorang mukmin itu melainkan diuji oleh Allah'.

Terdapat banyak sekali ujian Allah terhadap makhluk-Nya sesuai dengan kederat seseorang itu. Inilah cantiknya kekuasaan Allah, Dia hanya memberikan title 'kaya' kedapa orang yang sedia dengan title itu dan title 'miskin' kepada orang yang mampu menanggung ujian tersebut. Ini kerana masing2 terdapat cabarannya tersendiri. Cobalah klu org kaya jd miskin, pasti hidupnya akan tertekan malahan jika x kuat iman pasti akan bunuh diri, dan cuba org miskin jd kaya, pasti hidupnya akan rasa bangga dan klu x kuat iman pasti akan kufur nikmat seperti Dato' Sri Qorun yang ditelan bumi.

Satu lagi sub pengisian yang cukup menarik ialah ujian kesenangan dan sesuhan. Disini dibincangkan betapa besarnya ujian 'kesenangan' berbanding ujian 'kesusahan'. Ia lah, ujian kesukaran itu emang nya bisa kita nampak, setuh, rasa.. tp....... apabila datangnya ujian keenakkan, kita bisa nya jd buta, gelap dalam mata yang celik, x nampak ini ialah ujian daripada A-Haq untuk kita bersyukur.

aku teringat sih kata-kata dalam movie sang murabbi, 'seekor monyet yang sedang berada atas puncak pokok yang tinggi sekali, tiba-tiba angin kencang datang...udah pasti monyet itu akan menggenggam batang pokok itu kuat sekali,....namun kalau angin sepoi-sepoi yang datang, lama-lama monyet itu pasti akan lena melepaskn genggaman dan.............. dum jatuh dek kelekaan nya tadi'.

begitulah kita insan yang lemah tampa six-sense, mahu aja ujian besar dan sukar, baru akan berwaspada dan berpegang dengan kuat, tp bila diuji dengan sedikit kesenangan lembutan belaian dunia, kita menjadi lemah, hanyut dibuai 'angin petang' yang sementara itu. Maka jadilah kiat org yang takut jika tak diuji, kerna org yang thu erti 'takut' ini saja yang bisa kaya untuk membeli 'pahala' di pasar akhirat nnt..

0 comments:

Post a Comment

 


my classical honda © 2008. Design by: Pocket